Thursday, November 29, 2012

Produk Takaful CWA - AiA


Wednesday, 24/10/2012 14:54:12
KAD PERUBATAN A-MEDIK AATB MENANG ANUGERAH "PRODUK TAKAFUL PALING CEMERLANG"

KUALA LUMPUR, 24 Oktober (Bernama) -- AIA AFG Takaful Bhd. (AATB) baru-baru ini telah memenangi anugerah "Produk Takaful Paling Cemerlang" di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-9 (KLIFF 2012).

Anugerah tersebut disampaikan dalam majlis penyampaian anugerah yang diatur oleh pihak pengajur KLIFF 2012 pada 16 Oktober 2012 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur. Anugerah KLIFF diadakan khusus untuk memberi pengiktirafan kepada sumbangan dan usaha penting yang telah dibuat oleh individu-individu dan organisasi-organisasi dalam usaha membangunkan industri kewangan Islam. Terkenal dengan faedah Pelan Keluarga-nya, kad perubatan lengkap A-Medik AATB membenarkan pelanggan untuk menyambung faedah-faedah perubatan dan kemasukan hospital kepada pasangan dan empat orang anak-anak dalam satu pelan yang komprehensif.

Dengan A-Medik, pelanggan boleh mendapat faedah perlindungan ke atas caj-caj perubatan dan kemasukan hospital apabila mereka membuat rawatan di hospital-hospital panel AATB. Ini juga boleh membantu mengurangkan beban dan kerisauan berkenaan kos-kos rawatan hospital yang semakin meningkat. Di atas kemenangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif AATB, En.

Wan Azman Wan Mamat membuat komen berikut: "Anugerah ini wajar diberikan kepada A-Medik kerana ia sememangnya kad perubatan Takaful yang terbaik kini di pasaran. Pengiktirafan yang kami terima dari industri sebagai produk Takaful paling cemerlang mengukuhkan lagi bukti kualiti dan inovasi yang dihasilkan oleh produk-produk dan perkhidmatan AATB." "Kami berbangga menjadi pengendali Takaful yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan keluarga, oleh itu kesemua produk-produk kami direkabentuk untuk memenuhi kepelbagaian keperluan perlindungan pelanggan-pelanggan kami dan orang-orang yang mereka sayangi.

Selain daripada faedah Pelan Keluarga, kami juga menyediakan feadah lain dalam pelan A-Medik yang boleh membantu pelanggan kami untuk mendapat lebih manfaat daripada pelan ini, contohnya faedah "Tiada Had Seumur Hidup" ke atas pelan yang dipilih dan perlindungan sehingga umur 99 tahun." Tambah beliau. A-Medik juga mempunyai ciri-ciri pemasaran lain yang unik seperti pengecualian daripada membayar caj ko-Takaful (sehingga had tertentu) yang biasanya terdapat dalam pelan-pelan yang lain. Selain itu, pelanggan boleh menikmati faedah "Elaun Tunai Harian" jika mereka mendapat rawatan di hospital-hospital Kerajaan atau di luar negara menurut terma dan syarat yang telah ditentukan dalam Sijil Takaful mereka. Kad perubatan A-Medik juga boleh dimiliki pelanggan sebagai faedah tambahan, atau lebih dikenali sebagai "rider", yang boleh ditambah kepada pelan-pelan asas AATB, iaitu A-Mas, A-Prima dan A-EduSmart.

Rider A-Medik ini disasarkan kepada pelanggan yang mahu meningkatkan jumlah perlindungan pelan asas dan pelaburan mereka dengan faedah perlindungan perubatan. Selain A-Medik, AATB menawarkan rangkaian produk Takaful keluarga – A-Mas, satu pelan berkaitan pelaburan dengan perlindungan tersedia dan manfaat pelaburan dan juga pilihan untuk mendapatkan rider kad perubatan; A-Prima, pelan asas yang memberi tumpuan terhadap manfaat perlindungan; A-Excel, pelan endowmen menyeluruh yang menawarkan perlindungan, simpanan dan manfaat tunai kepada pemegang sijil dalam tempoh 20 tahun, dan A-EduSmart, pelan pendidikan yang memberikan manfaat penjimatan dan pelaburan, dan perlindungan Takaful kepada orang yang dilindungi. Mengenai AIA AFG Takaful Bhd. AIA AFG Takaful Bhd. (AATB) ialah syarikat usaha sama antara American International Assurance Bhd.

dan Alliance Bank Malaysia Berhad, anak syarikat milik penuh Alliance Financial Group Berhad. AATB berhasrat merangka dan memperkenalkan penyelesaian patuh Syariah yang inovatif dan kompetitif, yang menghormati keperluan masyarakat Islam dan memenuhi permintaan semua rakyat Malaysia yang mahukan perkhidmatan berkualiti.

Dengan kekuatan strategi saluran pengedaran pelbagai, AATB mensasar untuk memasarkan rangkaian produk-produk Takaful Keluarga kepada pasaran yang meluas, disamping memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan di peringkat hidup yang berbeza. SUMBER : AIA AFG Takaful Bhd. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Sofia 03 7843 0503

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail