Welcome to our website

We are a a financial service agency dealing in wealth planning esspecially on investments and protection. We are under one of the biggest bank and insurer in Malaysia and South East Asia and under the jurisdiction of Securities Commission, FIMM and LIAM.

We started with nothing and became a industry known brand as the "Millionaire Sisters" through hard work. If you have the desire to become an entreprenuer, want to have a fullfilling career and unlimited income, come and join our "Millionaire Entreprenuer Program".

Friday, May 29, 2015

Bisnes Seminar 2015

Ketahui Realiti Perniagaan Terkini

"Kenapa Anda perlu Melabur Pada Tahun 2015"

daripada

 MillionaireSisters

 

Bakal dibongkarkan rahsia menjadi pemilik bisnes gergasi dari kosong dan kaedah kuasai pasaran dalam masa yang singkat

KOREK RAHSIA! ini mungkin peluang terakhir untuk anda dapatkan ilmu bisnes jutawan ini.

 

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput anda untuk hadir ke  SEMINAR BISNES 2015

 

 

 


 

Kepada pengikut MillionaireSisters boleh beli tiket di http://bisnes.jootawan.com/

5 tips untuk mengoptimakan perbelanjaan keperluan

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana kita membuat keputusan berkaitan pembelian atau pembayaran untuk keperluan-keperluan seperti makan dan minum, bil air ataupun khidmat servis kereta. (Untuk mengetahui cara membezakan keperluan dan kemahuan sila rujuk kepada artikel “Pengurusan Kewangan Diri 2: Bagaimana membezakan keperluan dan kemahuan”.
Dan semestinya setelah mendapat gaji kita akan meletakkan sebahagian daripada pendapatan sebagai bajet untuk keperluan. Berdasarkan Peraturan Bajet 50/20/30, sebanyak 50% daripada pendapatan seharusnya digunakan untuk perbelanjaan keperluan atau “tangki” keperluan. (Untuk penerangan lanjut tentang Peraturan Bajet 50/20/30 sila rujuk kepada artikel “Pengurusan Kewangan Diri 1: Pengenalan Peraturan Bajet 50/20/30”. 

KE Kang Urus Wang3_01
Namun setelah 50% diletakkan sebagai bajet untuk keperluan, akan timbul persoalan yang agak sukar iaitu:
“Cukup ke tak untuk bulan ni?”
Ada 2 pendekatan untuk menyelesaikan soalan cepu yang tak berapa emas itu:
1. Tingkatkan gaji supaya nilai 50% lebih tinggi
2. Optimakan bajet keperluan 50% itu sebanyak yang boleh
Untuk pendekatan yang pertama, penulis tak dapat nak tolong. Itu anda sendiri kena kautim dengan bos atau majikan. Dalam aritkel kali ini, penulis akan membincangkan pendekatan yang kedua. Ini adalah 5 tips berdasarkan pengalaman hidup sendiri dan juga kengkawan semasa mula-mula bekerja dulu.
Rancang pembelian
Perasan tak poster-poster tentang promosi atau diskaun barangan berjenama secara besar-besaran? Selalunya promosi ini muncul mengikut musim, khususnya hujung tahun. Ini adalah kerana peruncit atau pemborong mahu menghabiskan stok untuk memberi ruang kepada stok baru. Masa inilah kita boleh mengambil kesempatan ke atas situasi ini dan membeli barangan berkualiti dengan diskaun 30%, 50% dan malah ada yang 90%. Sehingga hari ni penulis masih menumpukan perhatian terhadap promosi sebegini untuk pembelian baju kemeja dan kasut kulit untuk kerja pejabat.
Buat pecahan kepada ansuran bulanan
Pecahan ansuran bulanan ini bermaksud perbelanjaan ke atas sesuatu keperluan dipecahkan kepada 6 atau 12 bulan supaya nilainya menjadi kecil. Ini khususnya berguna untuk perbelanjaan keperluan yang dibuat sekali atau 2 kali setahun tetapi nilainya besar. Contohnya, insurans kereta, ataupun servis kereta. Kita ambil contoh insurans kereta. Untuk kereta Myvi, setiap tahun kos untuk memperbaharui insurans adalah lebih kurang RM500. Kalau sekali gus nak keluarkan RM500 memang tak mampu la. Jadi penulis akan pecahkan RM500 kepada 12 bulan supaya jumlah tabungan bulanan tidaklah besar sangat. Apabila sampai waktu untuk perbaharui insurans kereta, duit sudah cukup.

KE Kang Urus Wang3_02
Kurangkan kos-kos tersembunyi
Kadang kala, semasa ingin membuat pembayaran untuk sesetengah keperluan, tanpa disedari terdapat kos-kos yang tersembunyi seperti kos minyak, parking dan juga masa terbuang. Ini selalunya terjadi ketika mahu membuat pembayaran seperti bil elektrik, membaharui lessen memandu ataupun membeli barangan runcit. Ia adalah baik sekiranya kita menggunakan perkhidmatan online yang mengenakan yuran yang kecil untuk memudahkan kita membuat pembayaran seperti ini dan juga menjimatkan masa untuk membuat aktiviti lain. Kebanyakkan bank sudahpun ada perkhidmatan ini dan sesetengah pasar raya atau restoran sudah ada perkhidmatan pembelian online dan hantar terus ke rumah.
Berkongsi kos dengan kawan
Penulis yakin kebanyakkan orang muda bekerja hidup menyewa dengan beberapa orang kawan di dalam sebuah rumah. Ini adalah peluang yang terbaik untuk berkongsi kos keperluan. Selain daripada berkongsi bil elektrik dan air, perggunaan sesama seperti beras atau roti boleh dikongsi dan dibeli dalam kuantiti banyak supaya dapat harga yang lebih murah. Ini amat berguna kepada kita yang baru bekerja dan tidak kisah berkongsi beban hidup dengan member. Di samping mengoptimakan perbelanjaan keperluan ia juga dapat merapatkan hubungan sesama kawan.
Beli barangan terpakai
Sememangnya tip ini sudahpun wujud dari dulu lagi namun ia masih boleh digunapakai sekarang. Terdapat ramai orang di luar sana yang ada sebab tertentu untuk menjual semula barangan yang masih lagi berfungi dengan baik melalui Car Boot sale, weekend flea market, online dan sebagainya. Jadi inilah peluang yang baik untuk membantu mengoptimakan bajet keperluan kita. Bukan susah nak cari barangan terpakai, lebih-lebih lagi sekarang dengan laman-laman online yang memudahkan pencarian pemilik-pemilik yang ingin menjual barangan mereka pada harga second-hand.
Begitulah 5 tips untuk mengoptimakan perbelanjaan keperluan. Diharap artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pengurusan kewangan harian anda semua. Penulis yakin selain daripada tips ini ada lagi tips atau petua yang digunakkan oleh orang ramai. Apa salahnya jika dikongsi bersama? Jemputlah komen. Sehingga berjumpa lagi di artikel akan datang.

sumber artikel:  http://kopitiamekonomi.com/kopitiam-blog/5-tips-untuk-mengoptimakan-perbelanjaan-keperluan/

Wednesday, October 29, 2014

CIMB-PRINCIPAL- The BEST Asset Manager in South East Asia

CIMB-PRINCIPAL- The BEST Asset Manager in South East Asia

Join #Millionairesistersgroup as wealth advisors today!

Business Opportunity Presentations
29th OCT 2014
Monalisa Private Wealth Advisor
TTDI
7.30pm

Or
30th OCT 2014
EASTIN HOTEL
PJ
7.30pm

Whatsapps 013.388.44.88 to get FREE tickets for the preview [ Mention BLOG MS ]

Special Meet and Greet with the #millionairesisters

Thursday, April 04, 2013

1st Week Saturday of the Month Special Training! 9am-1pm This Saturday at ARA DAMANSARA! Special Guests fr KBS

Theme: WHITE!
Let's have GREAT 1st week of the Month training!


Do u want to be expert in Product? Learn from Dynaimc Diana and arfah! 500k per month Unit trust sales easily and effortlessly!

Learn how to close INSURANCE Ep30 and A EXCELL consistently!
We produce the most number of MDRT!

A special session from the MillionaireSisters, GAM Idham and TOT Mahadi! On the Roadmap, what it takes to become young Millionaires!

The "DO or DIE", How to take up and face challenges and demanding the best! Unless your Power Within to become Millionaire! The process to become successful Millionaires!


I'm excited! See u 9am-1pm in WHITE! At PWA ARA DAMANSARA! Millionairesisters Suite!


Email YES! I get ALL my team to be there
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 11, 2013

Re: Congrats To All MDRT and special Congrats To our 1st Top of the Table (TOT)

I produce 10 mdrt

Ct Fyrus,Platinum Agency Manager,Cimb Wealth Advisors



From: MS Akmar <akmar@millionairesisters.org>;
To: Blog <akmarhanif.msisters@blogger.com>;
Cc: Lee wee sern <weesern@maxis.blackberry.com>; Shu <admin.p2@millionairesisters.org>; Suzie staff <akmar.recruit@millionairesisters.org>; Farah PA <akmar.pa@millionairesisters.org>; Saliza admin p1 <admin.p1@millionairesisters.org>; Sofia <elynn.pa1@millionairesisters.org>; Shu <elynn.pa@millionairesisters.org>; Ridwan Jasni <Ridwan@millionairesisters.org>;
Subject: Congrats To All MDRT and special Congrats To our 1st Top of the Table (TOT)
Sent: Mon, Mar 11, 2013 1:36:17 AM

Congrats to ALL MDRT and TOT!

Well done! We are very proud of your hardwork and achievements!

Let's go all out to achieve 10 years MDRT! Life time MDRT and move up to COT and TOT! Let's get all our team to be MDRT! Reach out to all your amazing downlines to help them to become MDRT!

Email, I develop another 10 MDRT!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Congrats To All MDRT and special Congrats To our 1st Top of the Table (TOT)

Congrats to ALL MDRT and TOT!

Well done! We are very proud of your hardwork and achievements!

Let's go all out to achieve 10 years MDRT! Life time MDRT and move up to COT and TOT! Let's get all our team to be MDRT! Reach out to all your amazing downlines to help them to become MDRT!

Email, I develop another 10 MDRT!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

MS - we are Back! Get all your team to bring guests for BOP tonite! 8pm registration at ARA DAMANSARA

Happy New Year Champions!

I'm excited! Let's get all your team to bring guests for tonites BOP at ARA DAMANSARA

Let's win 6k for Recruiter award and UTC rm 300 each agent! RECRUITMENT Fever!

See u at 4pm Fast Track by MillionaireSisters

See u

Love and support,
MillionaireSisters
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 29, 2012

Produk Takaful CWA - AiA


Wednesday, 24/10/2012 14:54:12
KAD PERUBATAN A-MEDIK AATB MENANG ANUGERAH "PRODUK TAKAFUL PALING CEMERLANG"

KUALA LUMPUR, 24 Oktober (Bernama) -- AIA AFG Takaful Bhd. (AATB) baru-baru ini telah memenangi anugerah "Produk Takaful Paling Cemerlang" di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-9 (KLIFF 2012).

Anugerah tersebut disampaikan dalam majlis penyampaian anugerah yang diatur oleh pihak pengajur KLIFF 2012 pada 16 Oktober 2012 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur. Anugerah KLIFF diadakan khusus untuk memberi pengiktirafan kepada sumbangan dan usaha penting yang telah dibuat oleh individu-individu dan organisasi-organisasi dalam usaha membangunkan industri kewangan Islam. Terkenal dengan faedah Pelan Keluarga-nya, kad perubatan lengkap A-Medik AATB membenarkan pelanggan untuk menyambung faedah-faedah perubatan dan kemasukan hospital kepada pasangan dan empat orang anak-anak dalam satu pelan yang komprehensif.

Dengan A-Medik, pelanggan boleh mendapat faedah perlindungan ke atas caj-caj perubatan dan kemasukan hospital apabila mereka membuat rawatan di hospital-hospital panel AATB. Ini juga boleh membantu mengurangkan beban dan kerisauan berkenaan kos-kos rawatan hospital yang semakin meningkat. Di atas kemenangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif AATB, En.

Wan Azman Wan Mamat membuat komen berikut: "Anugerah ini wajar diberikan kepada A-Medik kerana ia sememangnya kad perubatan Takaful yang terbaik kini di pasaran. Pengiktirafan yang kami terima dari industri sebagai produk Takaful paling cemerlang mengukuhkan lagi bukti kualiti dan inovasi yang dihasilkan oleh produk-produk dan perkhidmatan AATB." "Kami berbangga menjadi pengendali Takaful yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan keluarga, oleh itu kesemua produk-produk kami direkabentuk untuk memenuhi kepelbagaian keperluan perlindungan pelanggan-pelanggan kami dan orang-orang yang mereka sayangi.

Selain daripada faedah Pelan Keluarga, kami juga menyediakan feadah lain dalam pelan A-Medik yang boleh membantu pelanggan kami untuk mendapat lebih manfaat daripada pelan ini, contohnya faedah "Tiada Had Seumur Hidup" ke atas pelan yang dipilih dan perlindungan sehingga umur 99 tahun." Tambah beliau. A-Medik juga mempunyai ciri-ciri pemasaran lain yang unik seperti pengecualian daripada membayar caj ko-Takaful (sehingga had tertentu) yang biasanya terdapat dalam pelan-pelan yang lain. Selain itu, pelanggan boleh menikmati faedah "Elaun Tunai Harian" jika mereka mendapat rawatan di hospital-hospital Kerajaan atau di luar negara menurut terma dan syarat yang telah ditentukan dalam Sijil Takaful mereka. Kad perubatan A-Medik juga boleh dimiliki pelanggan sebagai faedah tambahan, atau lebih dikenali sebagai "rider", yang boleh ditambah kepada pelan-pelan asas AATB, iaitu A-Mas, A-Prima dan A-EduSmart.

Rider A-Medik ini disasarkan kepada pelanggan yang mahu meningkatkan jumlah perlindungan pelan asas dan pelaburan mereka dengan faedah perlindungan perubatan. Selain A-Medik, AATB menawarkan rangkaian produk Takaful keluarga – A-Mas, satu pelan berkaitan pelaburan dengan perlindungan tersedia dan manfaat pelaburan dan juga pilihan untuk mendapatkan rider kad perubatan; A-Prima, pelan asas yang memberi tumpuan terhadap manfaat perlindungan; A-Excel, pelan endowmen menyeluruh yang menawarkan perlindungan, simpanan dan manfaat tunai kepada pemegang sijil dalam tempoh 20 tahun, dan A-EduSmart, pelan pendidikan yang memberikan manfaat penjimatan dan pelaburan, dan perlindungan Takaful kepada orang yang dilindungi. Mengenai AIA AFG Takaful Bhd. AIA AFG Takaful Bhd. (AATB) ialah syarikat usaha sama antara American International Assurance Bhd.

dan Alliance Bank Malaysia Berhad, anak syarikat milik penuh Alliance Financial Group Berhad. AATB berhasrat merangka dan memperkenalkan penyelesaian patuh Syariah yang inovatif dan kompetitif, yang menghormati keperluan masyarakat Islam dan memenuhi permintaan semua rakyat Malaysia yang mahukan perkhidmatan berkualiti.

Dengan kekuatan strategi saluran pengedaran pelbagai, AATB mensasar untuk memasarkan rangkaian produk-produk Takaful Keluarga kepada pasaran yang meluas, disamping memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan di peringkat hidup yang berbeza. SUMBER : AIA AFG Takaful Bhd. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Sofia 03 7843 0503

Monday, November 19, 2012

Bergelar jutawan pada usia muda - Temubual Oleh Sinar Harian

Berpegang kepada prinsip tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, bersemangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran memberi hasil positif kepada pasangan dua beradik ini.

Kedua-duanya mempunyai latar belakang akademik berbeza, tetapi ia bukan halangan untuk Nor Akmar Hanif, 34, dan Aida Nurlin Hanif, 31, berjaya dalam bidang saham amanah dan insurans.

Walaupun bermula daripada sifar tetapi hasil daripada berpegang teguh dengan prinsip yang telah ditetapkan membolehkan mereka meraih pelaburan bernilai jutaan ringgit pada usia 20-an lagi.

Kini, Nor Akmar dan Aida Nurlin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Platinum Wealth Advisor menerusi jenama Amazing Millionaire Sisters dan disokong sepenuhnya oleh sebuah bank terkemuka.

Nor Akmar berkata, sejak kecil lagi beliau berminat untuk menjadi ahli perniagaan berjaya kerana ingin berdikari, selain suka akan cabaran baru.

“Saya pernah bekerja namun hanya bertahan tiga bulan kerana enggan terikat dengan peraturan yang merimaskan seterusnya menceburi bidang perniagaan. Saya mahu bekerja mengikut masa dengan jumlah pendapatan yang ditentukan saya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat di Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester di Britain pada 1999 ini memulakan perniagaan pada usia 23 tahun.
Kemampuannya mengurus dan mengendalikan jualan pelaburan turut meletakkan dirinya sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di sebuah institusi kewangan terbesar di negara ini.

Malah, beliau mampu memperoleh pendapatan lima angka atau sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan sewaktu berumur 26 tahun.

“Pelaburan seperti ini cuma perlukan modal yang kecil tetapi mampu menjana pendapatan di luar imaginasi kita,” jelasnya.

Bekerja sambil belajar

Nor Akmar turut berjaya membuka agensinya sendiri pada usia 25 tahun. Tiga tahun kemudian, pada usia 28 tahun, beliau mampu melahirkan sebanyak 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS).
Pencapaian terbesarnya ialah sebagai Ketua Pengurus kumpulan Master Builder iaitu anugerah yang dimenanginya empat kali berturut-turut.

Anugerah lain ialah Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever, Million Dollar Round Table, Anugerah Usahawan Muda Universiti Malaya dan terbaru terpilih sebagai Ikon Belia Negara.

“Mempunyai semangat kental dan bermotivasi tinggi menjadi prinsip utama untuk berjaya. Selain itu, sikap mudah belajar, ada semangat berterusan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam juga amat penting,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Berkat kesungguhannya itu, maka tidak hairanlah jika wanita bujang ini berjaya memiliki sebuah Ferarri model California yang dibelinya hasil daripada titik peluh sendiri.

Bagi Aida Nurlin atau lebih mesra disapa sebagai Elynn berkata, prinsip utamanya adalah setiap satu-satu pekerjaan mestilah dibuat sehingga sempurna dan berjaya.

Beliau yang mengikut jejak kakaknya, memulakan perniagaan ketika masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Aktuari.

Menurutnya, walaupun terpaksa bergelut masa antara belajar dan kerjaya sebagai perunding kewangan, beliau tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik seterusnya membina kejayaan dalam hidup.
“Untuk maju dalam perniagaan, anda perlu tanam dalam diri bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dicapai. Jika kita tahu cara berniaga yang betul dan sanggup bekerja keras, insya-Allah kejayaan akan datang kepada kita,” jelasnya.

Tanam impian

Penglibatan dalam bidang perniagaan sejak masih menuntut, Elynn mengakui itu membuatkannya menjadi lebih kuat bekerja dan berdisiplin.

“Fokus dalam melakukan apa saja tugasan adalah penting,” tegasnya.
Seperti kakaknya, Elynn juga banyak menerima anugerah dan pencapaian, termasuk Group Agency Manager Platinin, Master Builder Award, Master Recruiter dan Million Dollar Round Table.

Sementara itu, dua beradik ini boleh berbangga apabila sudah menerima lebih 100 anugerah pengiktirafan berikutan prestasi mereka yang cemerlang sebagai perunding saham amanah.

“Kini, kami semakin aktif membuat program mengasah bakat bagi melahirkan perunding kewangan berjaya, sekali gus membantu orang lain mengubah diri mereka menjadi lebih baik. Apa yang lebih membahagiakan, kami dapat melihat orang bawahan yang kami didik berjaya seperti kami,” kata Nor Akmar dan Elynn sambil tersenyum.

Sebagai agenda masa hadapan, kedua-duanya menanam impian untuk mencipta nama dalam bidang insurans bagi mengharumkan nama negara di mata dunia dengan mencapai Top of the Table (TOT), iaitupenganugerahan di peringkat antarabangsa.

“Penganugerahan itu belum lagi dicapai oleh mana-mana rakyat Malaysia sekali pun bidang berkenaan sudah bertapak 60 tahun di Malaysia. Justeru, kami mahu menyahut cabaran untuk menjadi yang pertama menerimanya,” kata Nor Akmar.

Link artikel asal: http://www.sinarharian.com.my/rencana/bergelar-jutawan-pada-usia-muda-1.30103

Saturday, November 17, 2012

Kehebatan 2 beradik - Milliionairesister Di Dalam Berita Harian

Kepada para pembaca yang belum membaca artikel mengenai Akmar dan Elynn di dalam Berita Harian, ini merupakan artikel tersebut. Harap pembaca mendapat manfaat daripada artikel berikut.

Ini merupakan link asal artikel terebut: http://www.bharian.com.my/articles/Kehebatan2beradik/Article/

ELYNN (kiri) dan Nor Akmar.
 Bergelar jutawan pada usia muda

MENDEKATI dua beradik, Nor Akmar Hanif dan Aida Nurlin, pasti akan terdetik perasaan kagum apa yang dimiliki mereka. Pertama, pada usia muda, kedua-duanya sudah hidup mewah, hasil titik peluh sendiri.
Hebat sungguh kedua-dua beradik itu apabila berjaya mengutip pelaburan bernilai juta ringgit yang pertama ketika mereka baru berusia 20-an. Nor Akmar dan adiknya, yang lebih disenangi dengan panggilan Elynn, membuktikan tidak sukar bergelar jutawan pada usia masih muda jika ada kesanggupan dan ingin berusaha.


Kedua-duanya cantik, pandai bergaya, dinamik, ramah dan mempunyai perwatakan senang didekati serta tidak bersikap menongkat langit, sekalipun kekayaan dan kejayaan menjadi milik mereka.

Pakej lengkap yang ada pada dua beradik berasal dari Ipoh itu juga boleh membuatkan orang lain mungkin cemburu kepada mereka. Namun, hakikatnya apa yang dimiliki mereka hari ini tidak muncul secara mendadak atau datang bergolek. Ia hasil prinsip dan pendirian kedua-dua beradik itu yang tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, bersemangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran.

Nor Akmar dan Elynn, juga tidak pernah mengenal erti penat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, terutama untuk berada di puncak tinggi dalam bidang kerjaya perniagaan saham amanah dan insurans yang diceburi masing-masing sejak 11 dan lapan tahun lalu.

Muda dan mempunyai semangat usahawan yang tinggi dalam diri sejak usia awal 20-an, membolehkan kedua-dua beradik itu bertapak dan memulakan perniagaan perunding kewangan serta mencapai kejayaan luar biasa dalam tempoh agak singkat.
Menggunakan label jenama, Amazing Millionare Sisters sebagai pengenalan diri, Nor Akmar dan Ezlynn kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Platinum Wealth Advisors yang disokong sebuah bank terkemuka. Pejabat dua ahli perniagaan muda itu bertempat di Dataran Ara Damansara, Petaling Jaya.

Nor Akmar yang memiliki ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom (UK) pada 1999, memulakan perniagaan pada usia 23 tahun.

Beliau berjaya membuka agensinya sendiri pada usia 25 tahun dan pada usia 28 tahun, berjaya menghasilkan 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS). Pencapaian tertinggi dicapai ialah sebagai ketua pengurus kumpulan, Master Builder. Lebih membanggakan, anugerah itu dimenangi berturut-turut empat kali dan yang terbanyak.

Anugerah lain dimenangi ialah Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever dan Million Dollar Round Table.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, dari dulu lagi dia berminat menjadi ahli perniagaan yang berjaya kerana mahu berdikari selain sukakan cabaran. Namun, ketika itu belum memutuskan bidang perniagaan apakah yang sesuai diceburinya.

Beliau menambah, ketika belajar di UK, tiga doa dititipkan setiap hari iaitu ingin menjadi ahli perniagaan berjaya, mengharapkan kedua ibu bapanya melihat dan merasai kejayaannya serta meraikan dan ingin memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat. Hari ini, sebahagian besar daripada doa itu sudah pun dimakbulkan.

“Habis belajar, saya bekerja tetapi ia tidak sampai pun tiga bulan. Saya berhenti dan terus menceburi bidang perniagaan. Memanglah lepas belajar saya tiada modal besar tetapi untuk menceburi bidang ini wang bukan masalah utama kerana ia tidak memerlukan modal besar untuk memulakan perniagaan. Saya juga percaya lebih hebat cabaran itu, lebih besar pulangannya. Maka bidang ini paling sesuai dengan jiwa saya,” katanya.

Walaupun mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang berbeza daripada bidang perniagaan, beliau tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya dalam bidang perniagaan saham amanah dan insurans. Malah, baginya apa saja yang dilakukan ada cabaran tersendiri dan ia terpulang cara menanganinya.

“Sesiapapun tidak harus rasa terikat dengan latar belakang pelajaran mereka. Hanya kerana belajar dalam satu bidang, tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam bidang lain yang diminati seperti perniagaan. Prinsip untuk berjaya dalam perniagaan ini ialah semangat yang kental dan motivasi yang tinggi. Selain itu, sikap mudah belajar, ada semangat berterusan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam amat penting,” katanya tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan.

Nor Akmar berkata, tiada jalan pintas untuk mendaki kejayaan dan tidak boleh mengharap tuah semata-mata. Justeru, setiap perjalanan hidup harus dihargai sebaik-baiknya kerana ia adalah proses pembelajaran bagi seseorang itu melangkah ke hadapan seterusnya.

Katanya, bagi seorang wanita untuk berjaya lebih hebat lagi, kecantikan luaran belum lagi syarat yang cukup atau jaminan, sebaliknya perlu mempunyai pakej lengkap dalaman dan luaran.

“Mungkin ada berpendapat, wanita jika hendak berjaya dalam bidang ini boleh gunakan kecantikan terutama dari segi pakaian dan solekan. Tidak dinafikan itu penting untuk mendapat kepercayaan orang lain tetapi lebih baik jika ada kecantikan dalaman dan luaran,” kata Nor Akmar sambil menambah bidang perniagaan diceburi banyak membentuk personaliti dan karektor individu.

Sementara itu, Ezlynn yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari, mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan saham amanah ketika masih menuntut di universiti. Seterusnya, melebarkan sayap membabitkan diri dalam bidang insurans.

Semangat yang tidak pernah luntur untuk menjadi terbaik dan membina kejayaan dalam hidup, mendorongnya terus berusaha walaupun terpaksa bergelut masa antara belajar dan kerjaya sebagai perunding kewangan.

Justeru, tidak menghairankan sepanjang masih melanjutkan pengajian, Elynn bukan saja tidak mengharapkan wang daripada orang tua tetapi sudah mampu memiliki kereta Porsche Boxster. Malah, kali pertama anak bongsu dalam beradik ini menerima pendapatan lebih RM10,000 sebulan ialah ketika masih bergelar pelajar.

Elynn berkata, bidang itu terbuka luas dan menyediakan peluang bagi sesiapa saja yang hendak berjaya serta berhasrat memajukan diri sendiri.

“Ketika saya masih belajar dan berniaga, ramai juga rakan lain yang ingin berbuat perkara sama. Tetapi ada yang hanya separuh jalan kerana tidak sanggup memberi komitmen dan berdepan tekanan masa,” katanya.

Beliau menambah, dorongan kakaknya memberikan semangat untuk terus bertahan dan meningkatkan diri tetapi lebih dari itu, dirinya sendiri begitu mencintai bidang perniagaan berkenaan. Lebih-lebih lagi, ia memberikan pulangan lumayan dan menjanjikan masa depan lebih baik.

Katanya, ketika masih belajar dulu, setiap kali ingin berjumpa pelanggan beliau akan memastikan, bangun seawal jam lima pagi. Sebaik saja selesai berurusan, Elynn akan bergegas ke kampus untuk mengikuti kuliah.

“Fokus dalam melakukan apa saja tugasan adalah penting. Apapun, sepanjang memilih kerjaya ini, saya menjalaninya dengan gembira, sentiasa bersemangat dan puas hati. Yang penting, kita perlu ada rasa cinta pada apa yang kita buat,” katanya.

Seperti kakaknya, Elynn juga banyak menerima anugerah dan pencapaian, termasuk Group Agency Manager Platinin, Master Builder Award, Master Recruiter dan Million Dollar Round Table.

Nor Akmar dan Elynn juga bangga sudah menerima lebih 100 anugerah pengiktirafan berikutan prestasi mereka yang cemerlang sebagai perunding saham amanah. Syarikat mereka kini semakin giat membuat program mengasah bakat bagi melahirkan perunding kewangan yang berjaya, sekali gus membantu orang lain mengubah diri mereka menjadi lebih baik.

Melangkah lebih jauh, kedua-duanya berdoa dan menanam aspirasi untuk mencipta nama dalam bidang insurans bagi mengharumkan nama negara di mata dunia dengan mencapai Top of the Table (TOT), penganugerahan di peringkat antarabangsa.

Ketika ini, penganugerahan itu belum lagi dicapai mana-mana rakyat Malaysia sekali pun bidang berkenaan sudah bertapak 60 tahun di Malaysia. Justeru, dua wanita muda itu mahu menyahut cabaran untuk menjadi yang pertama meraihnya.

Untuk berkongsi lagi resipi kejayaan kedua-dua beradik itu, orang ramai boleh menyertai Forum Usahawan Wanita Muda Malaysia (MYFREN), yang bakal diadakan pada 26 dan 27 Oktober depan di Grand Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Forum itu menjadi platform perdana untuk mengumpul pemikiran usahawan dan pemimpin perniagaan serta melahirkan idea inovatif supaya lebih ramai rakyat Malaysia, terutama wanita muda menyertai bidang keusahawanan dan perniagaan.

Bagi yang berminat atau inginkan maklumat lanjut, boleh menghubungi 03-4149 1211 atau 012-3056 100 atau layari www.myfren2010.blogspot.com.

Saling kagum mengagumi

HUBUNGAN Nor Akmar dan Elynn bukan saja begitu akrab seperti isi dan kuku tetapi juga mempunyai banyak persamaan dari segi personaliti dan karakter. Malah, kedua-dua beradik itu juga banyak berkongsi minat yang sama seperti meminati fesyen, suka menari dan mendengar muzik R&B dan hip hop.

Kedua-dua beradik itu juga saling kagum mengagumi antara satu sama lain. Sebagai anak bongsu dan lebih muda empat tahun, Elynn walaupun sudah mempunyai sama kedudukan dengan Nor Akmar, sentiasa dan akan terus menganggap kakaknya itu sebagai mentor.

“Saya memang rapat dengan kakak sejak kecil lagi, malah ketika kakak belajar di UK, saya ketika itu baru habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), duduk bersama kakak di sana. Kakak banyak beri dorongan dan saya suka sikapnya yang berani dan tegas dalam membuat keputusan serta suka membantu orang lain. Misalnya, ketika kakak baru menceburi bidang perniagaan, dia langsung tiada pengalaman dan modal tetapi dengan keyakinan tinggi dia berjaya,” katanya.

Elynn menambah, oleh kerana kedua-duanya mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh iaitu dirinya di Sekolah Tunku Kurshiah manakala kakaknya belajar di Sekolah Menengah Seri Puteri, masing-masing mempunyai sikap berdikari dan bijak membawa serta menyesuaikan diri.

Nor Akmar pula, mengagumi Elynn kerana sentiasa fokus dengan apa yang dibuat dan senang dibentuk serta cepat belajar. Jika individu lain mengambil masa lebih tiga tahun untuk dilatih menjawat Ketua Pegawai Eksekutif, Elynn hanya perlu dua setengah tahun saja untuk mencapai kedudukan itu.

“Saya tidak akan cemburu jika suatu hari nanti, Elynn ‘menewaskan’ dan mendahului saya dalam bidang perniagaan. Malah, sebagai kakak dan guru kepadanya, saya berbangga dan suka serta sama-sama mendoakan kejayaannya. Bagi saya dalam hidup tidak boleh dengki-mendengki,” katanya.

Ditanya, tidakkah mereka berdua pernah bergaduh atau berselisih pendapat, khususnya dalam menguruskan perniagaan, kata Elynn, perkara itu semestinya berlaku tetapi biasanya tidak berpanjangan dan lazimnya, sebagai adik beliau lebih banyak mengalah.

Bercerita mengenai ibu bapa, Nor Akmar dan Elynn mengakui, orang tua mereka banyak memberikan sokongan dan nasihat. Namun, pada awalnya ibu dan bapanya begitu bimbang juga apabila mereka berdua memilih haluan hidup untuk menjadi ahli perniagaan. Ini kerana bapa mereka yang bersara sebagai pegawai kerajaan, berpendapat adalah lebih menjaminkan apabila mempunyai pekerjaan tetap berbanding menceburi bidang perniagaan yang ada risiko.

Beralih mengenai soal jodoh, kedua-dua beradik yang masih solo dan belum mempunyai buah hati istimewa berkata, seboleh-bolehnya mereka ingin mendapatkan pasangan hidup boleh membimbing dan bertanggungjawab.

“Saya tidak nafikan, beberapa tahun sebelum ini tumpuan saya lebih pada kerjaya. Kini, mungkin sudah sampai masanya saya memikirkan ke arah itu. Saya sebenarnya, seorang yang suka duduk rumah dan lazimnya, dari pagi hingga jam lima atau tujuh petang adalah masa saya berjumpa pelanggan.

“Saya sentiasa jaga dan ingin membina imej profesional dengan pelanggan. Sebab itulah, habis kerja terus balik dan jika tidak ada apa-apa saya akan menghabiskan masa di gym di rumah. Tetapi selepas ini, mungkin saya akan lebihkan masa untuk diri sendiri dan ‘mencari’ peluang bertemu,” kata Nor Akmar bergurau.

Elynn turut tersenyum apabila diajukan soalan sama. Dengan nada lembut, akhirnya menjawab, kekuatan wanita itu terletak pada pasangan lelakinya.

“Saya reda dengan ketentuan Tuhan, belum ada lagi jodoh. Tetapi setiap wanita inginkan sebuah keluarga yang bahagia,” katanya.

Nor Akmar mencelah dan berkata, setinggi mana kejayaan wanita itu, mempunyai keluarga bahagia dan zuriat adalah penting,

“Insya-Allah, saya yakin ia (jodoh) akan datang. Saya sudah bersedia fizikal dan mental, cuma buat masa ini, belum ada jodoh lagi. Saya reda dan percaya ia akan datang” katanya sambil melebarkan senyuman penuh bermakna.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail